Monday, May 29, 2006
Cuti pun bermula...

Aku balik Kerteh hari ni...!!

Gembira bukan kepalang si NAI yang separuh berteriak, seusai Kem Kecemerlangan SPM tengah hari tadi. Rindu kepada ibu tersayang sudah tak tertahan lagi, beritahunya semacam teruja. Sebulan yang berlalu kami rasak bergelumang dengan pena dan lembaran kertas. Ada moleknya tekanan yang bergalau di benak fikir cuba dikendurkan kala cuti selama dua minggu ini. Telahan saya, barangkali itulah yang berlegar dalam fakulti fikir sekalian sahabat. 

Cuti ini tak bermakna untuk kita melepas penat dengan berehat sepuas-puasnya. Tidak bererti untuk kita terus melupakan agenda wajib seorang pelajar, yakni mentelaah pelajaran. Cuti inilah suatu peluang yang sesuai dan terbaik kepada kita menilai kembali setakat mana penguasaan dalam pelajaran, selain terus-menerus menjana kemantapan dalam persediaan kita menempuhi ujian besar akhir tahun ini.

Jenuh mengulangkaji mungkin biasa dialami kebanyakan daripada kita. Masakan tidak, menghadap buku-buku bertimbunan untuk melangsaikan silibus yang masih berbaki. Di samping mencerna inti pati topik-topik yang lalu, pasti meletihkan lagi menjemukan sesiapa sahaja. 

Diakui, memanglah bukan mudah menjadi seorang yang menyayangi ilmu. Ilmu adalah subjektif untuk diberi nilai kasih dan sayang. Pada hemat saya, ilmu bukanlah mudah untuk diberikan selubung kasih dari jiwa seorang bergelar penuntut ilmu. Rencam mehnah yang mengitari saban hari cukup mengugat semangat juang dalam diri. Robohnya semangat itu bermakna luntur sudah rona cinta yang mendamba cahaya ilmu Allah swt.

Sungguh, mungkin ramai di kalangan sahabat yang cukup berkobar-kobar. Semoga berkekalan dengan keadaan begitu. Semangat yang berapi tak bisa padam dek hadangan sang tekad membatu. Namun, sekali nyalanya padam, pasti rumit untuk dimarakkan seperti asalnya. 

Terlintas sejenak satu pesanan seorang pelajar lepasan SHAMS yang gemilang suatu ketika dahulu. Ujar beliau yang saya ingat-ingat lupa, sebelum memulakan pembacaan, dakaplah buku dengan penuh rasa kasih, cintailah apa yang ingin dihadam semasa mentelaah. Munajatlah kepada Allah agar suburnya cinta terhadap ilmu akan membuahkan keberkatan yang berkekalan. Petua yang cukup baik untuk diamalkan.

Usahlah kita mudah dibuai lamunan, berlibur dan bersuka-sukaan seakan bebas dari belenggu tanggungjawab. Dua minggu inilah untuk kita terus berjuang. Bukan untuk bersuka girang, bersenang-lenang seperti orang lain.  Ingatlah, amanah kita terhadap Allah, Rasul, ibu bapa dan guru, masih berada di pundak. Mengabaikannya bererti melanggar etika peribadi Muslim, mengingkari suruhan Allah swt. Nauzubillah..

Sabda Nabi s.a.w. daripada Ibnu Abbas r.a. yang diriwayatkan al-Bukhari, dua nikmat yang manusia sering lupakan, iaitu nikmat sihat dan nikmat waktu lapang. Tiada ruginya andai dilepaskan pelbagai keseronokan kala cuti ini. Sebaliknya apa yang dimanfaatkan dengan sebaik mungkin, pasti akan memberi pulangan yang besar kepada kita di kemudian hari dengan keizinan-Nya.

Hangatkan enjin dorongan motivasi diri. Paculah ia dengan pecutan istiqomah. Pandulah dengan cermat bekal iman yang ada. Maka selamatlah jiwa hamba dari tersasar landasan Allah ar-Rahim dalam usaha menyemai benih hikmah ilmu di ladang hati.

Kepada sahabat seperjuangan warga Aspura, selamat kembali ke pangkuan keluarga tersayang. Moga perjalanan pulang kalian dalam perlindungan dan rahmat Allah taala... Ameen.

Smile Selamat Bercuti dengan terancang!! Smile


Posted at 03:14 pm by sahabat_amin

Mujahid
June 10, 2006   11:30 PM PDT
 
terima kasih..
selamat berjuang juga untuk anda..

(takpe, dah kata la tuh...)
eyeofsin
June 9, 2006   09:10 PM PDT
 
salam...


teruskan perjuangan..

(tak tau nak kata ape sebenornye.. hehehe)
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Mohd Hazimin Harun





Arkib Blog



Laman Blog Baharu



-- Anda Pengunjung Ke --






rss feed