Tuesday, May 02, 2006
.:. Kasturi Jiwa .:.

Tidak banyak perkara yang menarik untuk diceritakan kali ini. Pastinya, kesibukan yang bakal mendakap diri sendiri dan barisan sahabat yang lain untuk empat minggu seterusnya, memberi petanda akan tiadanya jaminan ruangan ini akan terisi dengan entry terbaru dalam masa terdekat ini.

Ura-ura tarikh 'mid term exam' yang beranjak seminggu agak melegakan. Harapnya ini menjadi suatu kenyataan. Bukan masalah bersedia atau tidak bersedia, kerana semua itu bergantung kepada diri sendiri. Cuma, masih banyak lagi kerja tertunggak yang belum dibereskan. Sikap suka bertangguh mesti dielakkan sama sekali. Lagipun, masa yang berbaki seminggu lebih sahaja ni perlu ditumpukan kepada perkara yang lebih penting. Apa jua sekalipun, perancangan yang sudah dibuat mestilah ditekuni dengan sebaiknya. Semoga segala urusan akan dipermudahkan-Nya...

Khabar apa agaknya Jan hari ini? Hari pertama menjalani praktikal sudah pasti mengundang gugup dan gementar. Barangkali pucat lesi tika berdepan dengan pelajar. Mungkinkah? ahaH... maka bertambahlah seorang lagi di kalangan ahli keluargaku yang menapakkan diri dalam dunia perguruan; menjadi seorang pendidik anak bangsa. Profesion seorang guru sememangnya penuh cabaran dan rintangan. Dan sudah pasti hanya ketabahan dan keazaman yang kukuh menjadi bekalan butuh untuk meladeni segala macam dugaan yang mendatang. Selamat bertugas, kak longku!

Perhimpunan Penulis Muda peringkat kebangsaan sudah selesai berlangsung. Menjadi suatu kebanggaan tatkala seorang pelajar SHAMS terpilih untuk turut sama berkampung di Port Dickson minggu lalu (Sekalung tahniah untuk Fatin Nadia). Harapannya, agar segala ilmu yang ditimba di sana dapat dimanfaatkan sebaik mungkin supaya ada kelangsungan dalam usaha memantapkan penulisan kreatif anda. Terbukti, SHAMS tidaklah kegersangan penulis yang berpotensi dan hebat!

Photobucket - Video and Image Hosting

Miskul Ruh - album terbaru dalam koleksi saya. Sudah lama saya mencari-cari himpunan nasyid selawat yang betul-betul bagus. Yang membawa alunan menyentuh jiwa, berupaya menusuk kalbu. Itu semua saya ketemui pada album Miskul Ruh (yang memberi makna Kasturi Jiwa).

Bagi saya, jarang sekali kedapatan album bercirikan ala muzik instrumental seperti ini. Ditambah pula dengan tiupan seruling Mohram, membuatkan ia begitu mengasyikkan. Suara lunak Alwi al-Haddad cukup serasi dengan gemersik selawat yang dialunkan. Terdapat lima selawat kesemuanya yang terkandung dalam album ini. Paling terkesan bagi diri saya adalah Al- Musthofa yang begitu syahdu kala mendengarkannya.....Ya Allah...

al-Haddad? Baru-baru ini, SHAMS telah gempar tatkala gelaran al-Haddad (salah satu nama di antara nasab sadah Bani Alawi) telah dikaitkan dan menjadi bualan kerap sebilangan besar warga di sini. Pelbagai tanggapan, andaian, tohmahan, serangan, cercaan, tuduhan dan spekulasi yang bertubi-tubi terpacul dari mulut mereka. Sedih sekali....

Saya sebenarnya tidak mahu mengulas lanjut kerana perkara itu sudah surut dan tidak lagi berlanjutan. Kedua-dua pihak masing-masing juga bersetuju untuk menyelesaikan segala perselisihan yang berlaku. Tambahan, saya bukan orang yang ahli untuk mensyarahkan perihal ratib tersebut (saya ada mengamalkannya dan pernah membaca syarah ratib tersebut).

Harapan saya cuma, agar semua pihak tidak lagi menghentam mana-mana orang secara melulu, tanpa usul periksa. Bercakap biarlah dengan nas yang kukuh, atas hujah ilmiah yang jelas dan benar, bukannya taqlid semata-mata. Sesuatu itu mungkin menjadi kejanggalan di pandangan kita, walhal kita sebenarnya yang jahil tentang perkara tersebut.

Apa yang pasti, perkara yang haq semestinya akan mengundang seribu mehnah. Semua itu adalah dugaan Allah s.w.t. dan kemuncak semua itu adalah nikmat kesabaran dalam mempertahankannya... Wassalam.


Posted at 05:10 pm by sahabat_amin

alwi alhaddad
April 6, 2009   08:49 PM PDT
 
trma kasih krana memberi sokongan yg amat brharga pada perjuangan ana slama ini... doakan untk album baru yg insyaALLAH akan jd lbih baik dr miskulruh
shahir
June 27, 2006   05:48 PM PDT
 
akum

ana jugak bersetuju dgn nta.. mintak maap kalo tiba2 muncul.
apepon kite tak boleh taksub kpd mane2 pihak, org ... ape yg kite perlu buat, kalo mampu carilah ape yg sahih daripadaNye & juga NABI & Para sahabat... tue lah sumber perjuangan... ameen
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Mohd Hazimin Harun





Arkib Blog



Laman Blog Baharu



-- Anda Pengunjung Ke --






rss feed