Wednesday, April 12, 2006
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat SHAMS

Pagi ini, semua guru dan pelajar berpusu-pusu menuju ke Dewan Gemilang. Seperti yang dijadualkan, program sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah diadakan bersempena sambutan kelahiran junjungan Baginda Nabi s.a.w. kelmarin. Aturcara sudah pun dirangka sedari awal, dan pastinya menjanjikan sesuatu yang menarik. Barangkali...

Image hosting by Photobucket 

Syababul Najmi diketuai saudara ShauQie, mengepalai bacaan selawat beramai-ramai sebaik semua berada dalam Dewan Gemilang. Meski pun berasak-asak kerana terpaksa duduk di lantai, itu sedikit pun tidak melunturkan semangat pelajar, bahkan masing-masing penuh penghayatan dalam mengalunkan selawat. Kemudiannya, semua hadirin khusyuk menelinga dan merenungi bacaan ayat-ayat suci al-Quran oleh johan tilawah peringkat daerah Kuala Terengganu(selatan), Hamdi Adam. Bacaan yang menusuk kalbu, mendamai jiwa.... 

Aktiviti kemuncak, iaitu forum perdana khas bermula sejurus selepas itu. Khalayak disajikan dengan bicara tiga ahli panel, dua daripadanya didatangkan khas dari luar sekolah manakala Ustaz Mohd Nor terpilih sebagai ahli panel dari SHAMS. Seperti dijangka, kehadiran Ustaz Aziz sebagai moderator forum begitu menggamit suasana. Telatahnya yang sedia selamba berupaya menyeimbangkan tema forum yang sedikit serius. Santai, tidaklah terlalu membosankan. Namun, masih ada juga yang diulit lena, dibuai mimpi...

Image hosting by Photobucket  Image hosting by Photobucket  Image hosting by Photobucket 

               Image hosting by Photobucket      Image hosting by Photobucket 

Keadaan sesak mengundang rasa kurang selesa kepada sebilangan pelajar, menyebabkan ada yang memilih untuk berada di luar dewan. Majlis turut dihangatkan dengan tujahan soalan padat daripada tiga orang pelajar kepada barisan panel forum. Setidak-tidaknya dapat dilihat respon membina daripada pelajar yang terkesan melalui forum ini. Kesemuanya bubar apabila seusai majlis kira-kira pukul 11.30 pagi dan meneruskan pembelajaran sepeti biasa.

Keseluruhannya, program sambutan yang dirancang telah pun berjalan dengan lancar. Menarik, hangat dan ilmiah. Itulah yang boleh diperkatakan untuk sambutan kali ini. Kendatipun, sambutan yang diadakan adalah sekadar luaran yang menzahirkan perasaan cinta kepada Rasulullah s.a.w.. Paling penting, impak dalaman daripada sambutan Maulidur Rasul ini haruslah berupaya dijana dalam diri pelajar SHAMS. Usahlah hanya melaung-laungkan selawat tanpa sebarang penghayatan dalam mengikuti sunnah Baginda s.a.w. yang menjadi asas peribadi muslim.

Salam Maulidur Rasul 1427H. Smile


Posted at 03:42 pm by sahabat_amin

mujahid
April 30, 2006   04:06 PM PDT
 
salam..diorang turut mengikuti forum tu. tetapi, sempat terlelap dek keletihan yang amat. barangkali tahajjud yang panjang pada malamnya.
saya berada di sisi tidaklah sampai ribut dalam kesibukan...
Saya
April 30, 2006   06:59 AM PDT
 
salam.menarik gmbr n posisi mereka2 yg tidur itu.mereka tidak mendengarkah akan forum itu?kesian mereka kan?

anda pula,sibuk berambil gambarkah?
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Mohd Hazimin Harun





Arkib Blog



Laman Blog Baharu



-- Anda Pengunjung Ke --






rss feed