Friday, October 15, 2004
Puasa aku hari ini....

Assalamualaikum warahmatullah ..

Setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan atas nikmat kurniaan Allah Taala yang masih dikecap hingga ke saat ini.Dan Alhamdulillah,kita berjaya juga memulakan ibadat yang difardhukan ke atas kita pada bulan yang mulia ini dengan jaya dan rahmat-Nya.Apa yang penting,iltizam kita pada Ramadhan kali ini diharap lebih mantap dan penuh pengtarbiyahan kepada diri kita agar tergolong di kalangan golongan yang bertaqwa.Peluang melaksanakan amal ibadat dengan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda tidak harus dilepaskan begitu sahaja kerana ia tidak datang banyak kali;sebulan dalam setahun.

Mari kita jenguk satu hadith Nabi s.aw. yang ana janjikan semalam untuk perihalkan di sini,yang dikira sebagai satu hadith panjang :

Dari Salman r.a.,Rasulullah s.a.w. berkhutbah kepada kami di akhir Syaaban dan bersabda Baginda s.a.w. :"Wahai sekalian manusia !Akan dilindungi oleh kamu bulan yang besar(Ramadhan) yang penuh keberkatan ini yang di dalamnya terdapat satu malam yanglebih baik daripada 1000 bulan ;satu bulan yang difardhukan oleh Allah berpuasa dan disunatkan Qiam(Ramadhan) ;sesiapa yang berbuat satu kebajikan sunat seperti beramal amalan fardhu di bulan lain, dan sesiapa yang berbuat amalan fardhu di dalamnya seolah-olah membuat 70 ibadat fardhu di bulan lain ;dan inilah bulan kesabaran dan tiada balasan untuk syurga kecuali sabar ;dan bulan yang sama rata dan bulan yang banyak menambahkan rezeki kepada orang mukmin di dalamnya ;sesiapa yang memebri seseorang itu berbuka,nescaya Allah akan memberi keampunan seluruhnya,dan akan dibebaskan daripada api neraka,yang ganjaran orang yang memberi itu sama dengan orang yang menerima tanpa dikurangkan sedikit pun."

Berkata sahabat,"Ya Rasulullah,alangkah ruginya saya kerana tidak memiliki apa-apa untuk dibahagikan,";maka jawab baginda s.a.w.,"Allah akan memberi pahala kepada fakir yang memberi(untuk berbuka) meskipun sebiji kurma,atau seteguk air atau pun sehirup susu ;dan bulan ini di permulaan adalah rahmat,di pertengahan adalah keampunan dan di pengakhirnya adalah kebebasan api neraka ;sesiapa yang meringankan beban hambanya di bulan ini akan terlepas(bebas) daripada api neraka ;dan perbanyakkanlah di bulan ini 4 perkara :2 perkara mendapat keredhaan Allah dan 2 lagi Allah tidak pula berhajatkannya; adapun 2 perkara yang mendapat keredhaan Allah itu ialah :mengucapkan 'La ilaha illallah' dan istighfar ;2 perkara lagi yang Allah tidak pula berhajatkannya ialah memperbanyakkan memohon masuk syurga dan memohon dijauhkan dari api neraka ."

"Sesiapa yang memberi minum kepada orang yang berpuasa,Allah akan memberinya minum air dari kolam Nabi yang dia tidak akan dahaga sehingga masuk ke dalam syurga."                                           (H.R. Ibnu Khuzaimah)

Nah,dapat kita perhatikan pada hadith di atas yang jelas menerangkan kehebatan bulan Ramadhan.Menagapa masih ada lagi berdalih untuk melengah-lengahkan dalam mengerjakan amal kebajikan di bulan ini?Alangkah ruginya bagi mereka yang bersikap acuh tak acuh terhadap bulan ini.

Sekadar itu untuk hari ini.Ana sebenarnya kesuntukan masa kerana ada sedikit problem tapi bagi meneruskan perjuangan ana dalam usaha menyampaikan apa yang baik yang sekadar termampu untuk diri ana.
Salam Ramadhan dariku......

Wassalam !

Posted at 11:32 am by sahabat_amin

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Mohd Hazimin Harun





Arkib Blog



Laman Blog Baharu



-- Anda Pengunjung Ke --






rss feed