Wednesday, March 15, 2006
Debu-debu semangat...

Beep Beep!

Mesej seorang sahabat diterima. Dari Kerteh. Cepat-cepat ku membukanya. Mesej dari Ustaz Hafizi tak boleh dilengah-lengahkan. Ustaz Hafizi, gelaran yang diberi oleh sebilangan guru di sekolah yang mengajar kami. Memang terserlah ketokohan seorang ustaz. Maklum sahaja, pelajar paling mantap di sekolah. Tak ada siapa yang menafikannya....betul,kan sahabat2ku? Big Smile

'Salam. Harap jawab dengan jujur. Cuti-cuti ni, dalam sehari enta study banyak mane?'

Hurm... sekadar termenung. Terfikir sendirian mencari idea membalas mesejnya. Aku study banyak mana? Cuti sudah pun menjangkau seminggu. Banyak mana aku habiskan masa untuk study? Eh, aku study ke? 

Lembaran kerja masih ada yang belum disiapkan. Ditambah kerja tertunggak sedari berminggu-minggu. Buat-buat sibuk dengan pelbagai aktiviti yang berjalan seminggu dua yang lalu, inilah padahnya. Celaru jugak hendak mengatur gerak kerja untuk menyiapkan semua itu. Syukur, setakat ni separuh sudah diselesaikan. Tinggal beberapa lagi yang perlu dikerah masa untuk menyiapkannya. Study aku bagaimana?

Khabar sebelum cuti dahulu begitu melegakan. Peperiksaan telah ditunda ke minggu kedua selepas cuti penggal dibuka. Syukurlah. Tidaklah tergopoh-gapah membuat persediaan. Study last minute? Hurm, mungkin...

' Ambe tak study mane la, ustaz. sekadar siapkan keje sekolah je.'

Mesej dibalas segera. Terkadang menyusup juga rasa terkilan ke dalam hati ni. Apa tidaknya, terasa cuti sekolah yang dilalui disia-siakan begitu sahaja. Bila diingat-ingat balik, seperti tak dimanfaatkan sebaik mungkin. Aku bukan seorang pelajar cemerlang. Masakan boleh bersenang-lenang dengan ruang masa yang ada? Ya Allah, bantulah hamba-Mu ini....

Memang banyak sahabat yang bertanyakan perihal study kala cuti ni. Aduss.. Mungkin sekadar ingin ambil tahu, atau mungkin mahu membuat perbandingan. Apapun baguslah. Sedikit sebanyak akan ada rasa terdorong kepada diri untuk turut belajar, cuba bersaing dengan sahabat. Pengaruh sahabat sememangnya cukup besar sekali. Kesan kepadaku pula? Sejenak kembali termenung...

Melihat wajah-wajah ceria calon SPM yang memperoleh keputusan baru-baru ini, cukup terkesan pada diri. Melonjak riang penuh rasa gembira, tawa hilai beramai-ramai, dan pelajar yang cemerlang akan dijulang. Situasi biasa yang dapat dilihat bila tibanya saat itu. Mereka yang cemerlang tagi terbilang, akan ditemuramah oleh wartawan. Maka, akan diluahkanlah segala rahsia belajar yang menjadi resipi kejayaan. Petah kata-kata dengan penuh yakin. Semestinya menjadi satu kebanggan bagi mereka, ibu bapa dan juga pihak sekolah dengan kejayaan gemilang yang diperoleh. Inspirasi kepada mereka yang sedang berjuang ke arah itu, sepertiku. Hurm..Apapun, tahniah diucapkan kepada mereka.

Senyum. Cuba berangan-angan kononnya menjadi seperti mereka. Bolehkah aku menjadi sebegitu? Terngiang-ngiang kata-kata sinis emak, barangkali berbaur harapan petang kelmarin. Harapan ibu bapa satu amanah. Itu tak boleh dilupakan. Besarnya tanggungjawab yang dipikul. Menghancurkan impian ibu bapa seperti melukakan hati mereka....Astaghfirullah..

Sekali-sekala terbayang juga rekaan khayalan sendiri. Tergambar si Najihah Hasanah sedang tekun belajar, si Luqman ralit menghadap buku-buku, juga Hamdi, Ridhuan dan Sabihah yang asyik menekuni pelajaran. Best student semestinya mantap persediaan mereka. Macam mana dengan aku?

Melangu kembali. Sekadar tekad meninggi tidak berguna jua seandainya tiada tindakan susulan. Bagaimana dengan pencapaian aku setakat nI? Memuaskan? Cemerlang? Sehebat mana aku mengulangkaji selama ni? Bolehkah berpuas hati dengan prestasi sekarang? Ya Allah, berikanlah aku kekuatan...

Tahun ni, tahun perjuangan bagiku. Tiada siapa yang dapat memberikan kecemerlangan kecuali aku sendiri yang mengusahakannya. Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih. Motivasi, perangsang, inspirasi... biarlah berkekalan dalam jiwa. Dan seiring dengan daya usaha berterusan. Harap aku begitu...

'Ya Allah, lapangkan dadaku. Berkatilah segala ilmu yang ku pelajari, kuatkanlah tekad dan semangat juangku.. ameen.'

AlwanComics

"....Bukan namanya perjuangan tanpa kesulitan. Di sebaliknya pasti ada kesenangan..."


Posted at 06:33 am by sahabat_amin

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Mohd Hazimin Harun





Arkib Blog



Laman Blog Baharu



-- Anda Pengunjung Ke --






rss feed