Friday, January 13, 2006
Eid Adha

Salam 'Aid Adha dedikasi untuk sahabat seperjuangan.

Alhamdu Lillah, bersua kita kembali pada perayaan Islam yang mesti diraikan dengan penuh kesyukuran dan rasa kehambaan, iaitu sambutan Hari Raya Aid Adha yang sudah pun 3 hari berlalu. Dan sambutan Aid Adha ini masih lagi dirayakan sehingga ke hari ini, 13 Zulhijjah.

Hari ini merupakan hari terakhir dalam 3 hari tasyrik, iaitu hari yang diharamkan untuk kita berpuasa dan digalakkan memperbanyakkan zikir, seperti yang dimaksudkan dalam satu hadith Nabi S.A.W.. Justeru, rebutlah sisa-sisa masa yang ada untuk meringankan lidah bibir melafazkan takbir membesarkan Allah taala.

Kesempatan yang ada ini, sama-samalah kita renungkan dan menghayati erti kisah sirah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dan puteranya Nabi Ismail a.s. dalam mentaati perintah Allah s.w.t.. Aplikasikan konsep pengorbanan dalam kehidupan kita seharian agar kembara di dunia sementara ini senantiasa di atas ingatan kita kepada Allah dan disuluh dengan sinar Islam. Itulah kehidupan yang mendapat redha dan keberkatan daripada Allah s.w.t.

Salam Aid Adha 1426H.

-Tahun ni sambut dua kali Raya Haji..sapa2 yang berniat nak korban, boleh dah start simpan wang...tiada ruginya kita melabur ke jalan Allah .Wink

Klip Video Mini Eksklusif.(18SG) ..Acara Korban di Masjid Terapung..Big Smile

[ Klip ini bukan bertujuan memaparkan sesuatu yang ganas. Bagi mereka yang ngeri menontonnya, mohon kemaafan. Renungkan erti tersirat korban. SekianShades ]


Posted at 10:03 am by sahabat_amin

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Mohd Hazimin Harun





Arkib Blog



Laman Blog Baharu



-- Anda Pengunjung Ke --






rss feed