Thursday, December 22, 2005
pmr 2005 -- result dah keluar ~

salaam 'alaik

Hari ni result PMR 2005 sudah pun dikeluarkan di semua sekolah seluruh negara kira-kira pukul 10 pagi.. so, bertebaranlah calon2 PMR bersama-sama famili tersayang ke sekolah dek tak tertahan gelora debar di hati.. camne la result aku? berapa A lah yer..? macam2 persoalan tahap sukar berkelintar di sekitar saraf2 otak masing-masing... nak tau camne, pergilah sekolah ambik result...kui3~

 

Arakian nak dijadikan satu hikayat, maka bertapaklah ia satu budak ke SHAMS pada hari ni. Entah apa yang dilakukan walhal tiadalah ia berkait dengan apa orang lain di sana sedang sibuk mendapatkan. Bernasib baiklah ia apabila dua sahabat sepergurauannya turut memunculkan diri pada hari ini di halaman madrasah SHAMS. Maka bergeraklah tiga bujang tak berapa lapuk melangkah penuh tertib dan adab sopan menampakkan perihal seorang yang sengaja kontrol sopan. Sambil melangkah sederhana kelajuannya sambil berbicara sesama sendiri. Apa yang dituturkan, tiadalah dapat dirungkai kerana bicara tanpa topik yang jelas. Permudahkan kisah, borak-borak kosong..

Hatta kemudiannya terserempaklah mereka tiga budak dengan beberapa orang yang mana kenallah mereka akan orang itu guru-guru sekolahnya. Maka sempatlah ia bertiga mengulum senyum yang taklah berapa manis sangat, khuatir penyakit kencing manis bakal menyerang diri mereka itu yang boleh dikatakan termasuk akan kumpulan remaja sihat mengamalkan gizi seimbang. Belum diketemui akan sasaran mereka bertiga, bertapaklah ia dahulu ke satu gelanggang tertutup di hadapan sekolah dipanggil Dewan Gemilang yang kelihatan agak banyak bilangan manusia di dalam, Juga di luar halaman itu. Maka terujalah ia bertiga akan apa yang dilihat. Ada manusia yang senyum girang tanda bahagia sambil menilik warkah putih di telapak tangan. dan turut dilihat oleh mereka akan orang yang berdakapan, turut kelihatan tangis sebak sebaik melihat apa yang tercoret di warkah putih yang cukup dikenali ia kala hari-hari sebegini. Maka terus ia bertiga mendapatkan beberapa budak di sekitar tempat itu, akan ditanyakan pada budak yang didapati di sana akan apa yang telah mereka itu perolehkan. Maka bertebaran lagi mereka itu ke serata sekolah mencari satu manusia yang sangatlah familiar orangnya dengan memakai persalinan hitam putih, petanda ia itu adalah pembantu tadbir yang ghaib hilang tiada dapat dikesan hendaknya. Dan ada pun Budak bertiga ini telah pun diterima amanah oleh gurunya akan apa kerja yang harus diselesaikan oleh ia bertiga pada hari ini. 

Maka berkat pertolongan Allah s.w.t. temulah ia bertiga akan laki-laki itu di hujung bangunan baru. Berkejaranlah ia pergi mendapatkan orang itu yang tampak tidak menyedari akan kehadiran tiga budak aktif tapi malu-malu kucing ini. dipendekkan kisah, selepas usai berhempas pulas bertiga budak ingin akan pada matlamat mereka hari ini, hampalah mereka apabila tiada dapat oleh mereka untuk melakukan tugas yang diarahkan. Wal hasilnya, pulanglah tiga budak ini nafsi-nafsi ke halaman teratak masing-masing dek letih berpenat lelah berkelintaran segenap sekolah yang mana akhirannya tiada apa yang dibuat akan amanah yang disuruh apabila gurunya kepada tiga budak itu perkenan akan ia untuk menangguhkan pada tiga hari berikut pula untuk dijalankan akan tugas itu. Maka sedikit letih yang dikecap tiadalah akan rasanya ketara lantaran sempat ia bertiga melihat akan suasana orang berpusu-pusu pada hari ini pergi ambil result ..so, taklah boring sangat datang sekolah hari nih..haha, The End ^

huhu... sekadar mencoret tak tentu hala apa yang dah dialami hari ini.. hanya untuk meringankan kecamuk di hati. terima kasih la ye kerana sudi membaca apa yang tertaip di sini..asiif, tak memberi manfaat barangkali. Anggaplah ia sekadar gurauan perawat sebok di hati diri ku ni,huhu... selepas lama tak mengisi ruang di hamparan blog ni..~ 

 ~ Sekitar gambar masa ambil result PMR 2005 boleh jenguk kat [ sini ] . Untuk pengetahuan sahabat2, menurut apa yang dikhabarkan, calon2 PMR SHAMS pada tahun ni yang mendapat semua A (9A) seramai 99 orang. Dan dari apa yang didengar, ramai yang memperoleh 8A, tidak berjaya straights A lantaran subjek Bahasa Inggeris. Apapun, itu hanyalah maklumat kasar yang diperoleh. Perangkaan dan analisis terperinci belum dipaparkan oleh pihak sekolah... bukak sekolah nanti tau r...Tahniah kepada adik-adik kita yang berjaya, yang kurang berjaya pun tahniah gak..pasak entum/entunna pun tetap najah! ~SALAM~


Posted at 11:28 am by sahabat_amin

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Mohd Hazimin Harun





Arkib Blog



Laman Blog Baharu



-- Anda Pengunjung Ke --






rss feed