Thursday, October 14, 2004
Ihya' Ramadhan

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh !

Alhamdulillah.Selamat sampai ke rumah.Syukur....
Program Ihya' Ramadhan berjalan dengan lancar.Cuma biasalah,kan.Bila majlis ilmu diadakana sebegini,kuranglah bilangan yang menghadirinya.Nak kata tiada kesedaran,tak juga pasal mereka(yang tak hadir) tu bijak,sekolah agama pulak tu.Mungkin faktor kemalasan. tak mengapalah,bagi yang hadir tu,sebar dan khabarkanlah apa yang telah diperoleh hari ini.Mudah-mudahan,akan mendapat ganjaran melimpah-ruah kerana memanfaatkan ilmu yang ada di dalam diri.

Program yang diadakan khusus untuk pelajar Tingkatan 3 ini telah ditunda ke pukul 10 pagi tidak seperti yang dijadualkan dan bertempat di dewan Gemilang SHAMS.Ustaz Mat Nor lebih gemar memberi penekanan dan penerangan yang lebih lanjut berdasarkan hadith-hadith yang diedarkan dalam bentuk risalah.Bagi ana,cara itu lebih baik kerana lebih mudah dan faham untuk mentafsirkan sesuatu hadith tersebut.Dalam satu hadith Nabi s.a.w. bermaksud :

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa rasulullah s.a.w. bersabda :"Bulan ramadhan; bulan yang diwajibkan oleh Allah ke atas kamu berpuasa dan disunatkan ke atas kamu bangun(mendirikan solat malam/tarawikh) ,dan sesiapa yang berpuasa dan bangun malam dengan penuh keimanan dan berkira-kira(hisab amalannya) nescaya orang ini dosanya akan terkeluar(terhapus) seperti anak yang baru lahir(suci dosa noda)."
                                                            (H.R. Ibnu Khuzaimah)

Qiam Ramadhan (solat malam Ramadhan) hukumnya sunnah muakkadah (ditekankan), ditunaikan oleh Rasulullah SAW, para sahabat dan tabi’in. Oleh sebab itu kaum muslimin sentiasa mengerjakan Solat Terawih pada bulan Ramadhan dan solat malam pada sepuluh malam terakhir untuk mendapatkan Lailatul Qadar.
Begitu tinggi nilai ibadat di dalam bulan yang penuh berkat ini sehinggakan terhapus segala dosa yang dikerjakan dahulu akan terhapus.Pelbagai nikmat dan kelebihan lain di dalam bulan Ramadhan turut dijelaskan dalam satu hadith :

Dari Jabir r.a. berkata :Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:"Telah diberi kepada umatku di dalam Bulan Ramadhan 5 perkara yang tidak diberikan sebelum aku(umat2 terdahulu);adapun yang PERTAMA ialah pada awal(malam) di bulan Ramadhan Allah azzawajalla telah memandang/memerhatikan(menjaga) mereka,dan sesiapa yang dipandang(dijaga) oleh Allah nescaya tidak akan diazab selama-lamanya.Dan yang KEDUA ialah sesungguhnya bau mulut orang yang sedang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi di sisi Alah Taala.Dan yang KETIGA.sesungguhnya para malaikat telah memohon keampunan dariapada Allah Taala(kepada orang yang berpuasa) setiap siang dan malam.dan yang KEEMPAT,Allah telah memerintahkan syurga dengan berfirman, 'wahai syurga,bersiaplah dan berhiaslah kamu untuk hamba-hambaKu agar mereka diberi peluang untuk berehat  di dalam syurga kerana letih berpuasa dan untuk meneruskan perjuangan ke rumah-Ku dengan memuliakannya.'dan yang KELIMA ialah pada akhir malam itu akan diampunka oleh Allah dosa-dosa mereka sepenuhnya.Lalu berkata seorang lelaki," Adakah ini malam qadar(lailatulqadar) ?"rasulullah s.a.w. bersabda,"Tidak,cuba lihat seorang pekerja yang bekerja bersungguh-sungguh dan penuh akan diberi hasil(gaji) yang penuh."
                                          (H.R. Ahmad,Al-Bazzar dan Al-Baihaqi)

Dapat kita lihat dan fikirkan sejenak betapa luasnya pemberian nikmat dan kurniaan kepada Allah taala kepada hamba-Nya yang taat dan patuh mengerjakan suruhanNya.Dalam bulan Ramadhan jelas membuktikan Allah benar-benar membuka peluang kepada umatnya untuk berlumba-lumba membuat amal kebaikan dan kebajikan setelah diterangkan melalui Al-Quran dan Hadith ganjaran yang bakal dperoleh.Nikmat Allah yang melimpah-limpah ini,khususnya di bulan ramadhan ini seharusnya kita tidak persia-siakan.

"Maka yang mana satu di antara ni'mat-ni'mat Tuhan-Mu, yang kamu hendak dustakan ?"        (Ar-Rahmaan:13)

Kita beralih sebentar kepada cara Nabi Muhammad s.a.w. menyambut kedatangan Ramadhan.Rasulullah s.a.w. menyambut Ramadhan dengan:

1.  Banyak berpuasa di bulan Syaaban.Ini jelas dibuktikan pada satu hadith :
     Dari Aisyah r.a.,katanya:Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w. berpuasa lebih banyak selain bulan Ramadhan iaitu pada bulan Syaaban."
                                                                    (H.R. Bukhari)

2.   Mengadakan ceramah pada akhir bulan Syaaban untuk meraikan Ramadhan.Baginda s.a.w. pada hari akhir Syaaban berceramah(berkhutbah) di hadapan para sahabat untuk menerangkan keutamaan dan keistimewaan bulan ramadhan karim ini.Seperti diriwayatkan dalam satu hadith panjang(12 baris) dari Salman r.a. yang ana rasa tidak sempat untuk ditaip sekarang.Insya-Allah,akan ana menyusulkan hadith itu kemudian.

Apa yang ana sampaikan di sini sekadar mengkhabarkan sedikit ilmu dalam diri ini yang masih belum diperdalami dengan lebih lagi.Yang penting sekali ialah penghayatan kita pada Ramadhan kali ini lebih baik dan berkesan agar mencapai kesempurnaan dalam ibadat puasa itu sendiri ,juga ibadat-ibadat yang digalakkan dalam bulan mulia ini.Sebarang komen atau pendapat amat dialu-alukan.Jika ana tersilap,harap boleh diperbetulkan dan ditegur agar tidak berterusan melakaukan kesilapan tersebut.Segala yang baik datang daripada Allah Subhanahu wa taala,dan segala kekurangan yang ada datng dari kelemahan diri ana dan kecetekan ilmu ana sendiri.
Manfaatkanlah apa yang baik dengan sebaik-baiknya.
Wallahua'lam.

~ Selamat Menjalani Ibadat Puasa dan Selamat Bertarawikh  ~ 
 

Posted at 04:00 pm by sahabat_amin

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Mohd Hazimin Harun





Arkib Blog



Laman Blog Baharu



-- Anda Pengunjung Ke --






rss feed