Sunday, December 04, 2005
Malam Pertama Pengantin ...

Kita pasti dirisik..
Pertunangan sejak azali..
Di hujung hidup nanti..

Berlangsungnya perkahwinanmu dengan maut..
Hantarannya..SAKIT DAN NAZAK..
Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis..
Pengantin dimandikan..

Dipakaikan baju cantik putih..
Wangian gaharu dan cendana..
Keranda jadi pelaminan..
Pengantin bersanding sendirian..

Di arak keliling kampung..
Berkompangkan azan dan kalimah kudus..
Akad nikahnya bacaan talkin..
Berwalikan liang lahat..

Saksi pula nisan-nisan..
Siraman air mawar..
Keluarga terdekat menepung tawar..
Tiba masa pengantin..
Menunggu sendirian..

Malam pertama bersama KEKASIH..
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan Dia menuntut janji..
Sucikah kita tatkala berpadu..

Pernahkah taubat sepanjang hayat..
Atau terkubur bersama dosa-dosa...
Dan Dia Kekasih itu..
Menetapkanmu ke syurga..
Atau melemparkan dirimu ke neraka..

-Sohlan

(sumber : www.ukhwah.com)

puitis syahdu bait-bait puisi zikrulMaut ini..
menenggelamkan lamunan majazi...
pada suatu bayangan abadi..
saat seruan Izrail memanggil kakunya jasad diri..
seakan begitu hampir menongkah sanubari..
gundah hati fikrah sendiri..
apa amal ku sudah mencukupi ?  

Tinta Muhasabah, sama2 buat renungan diri kita..tiada yang kekal abadi melainkan Rabbul Izzati~

Posted at 01:22 pm by sahabat_amin

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Mohd Hazimin Harun





Arkib Blog



Laman Blog Baharu



-- Anda Pengunjung Ke --






rss feed