Tuesday, November 15, 2005
Penghinaan !

[ Petikan Berita -edited- ]
Penghinaan ke atas agama Islam terbaru -  tindakan sebuah akhbar Denmark, akhbar Jyllands-Posten  yang menyiarkan 12 lakaran nabi Muhammad s.a.w. , mencetuskan kemarahan penduduk Muslim di negara itu dan antarabangsa. Malah ia bakal menjadi antara agenda utama Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) selama dua hari di Makkah 7 Disember ini.

Isu penghinaan itu turut turut menyaksikan 11 duta dari negara Arab, Pakistan, Iran, Bosnia-Herzegovina dan Indonesia menulis surat kepada Perdana Menteri Denmark, Anders Fogh Rasmussen dan menuntut permohonan maaf rasmi daripada akhbar berkenaan, Oktober lalu. Walau bagaimanapun, Rasmussen dalam jawapan bertulisnya bertarikh 21 Oktober lalu pula menegaskan tidak akan campur tangan dalam isu itu dan diplomat terbabit bebas mengambil tindakan undang-undang.


BIADAP : Satu lakaran Nabi Muhammad s.a.w. yang menghina.

[#] Komentar peribadi
Kecaman, Kutukan dan tentangan dah banyak sebaik sahaja tindakan biadap dan menghina Islam ini diketahui. Di benak minda kini terselit persoalan, apakah tindakan kita sebagai umat Islam berhubung kes ini, yang mencetuskan sensitiviti umat Islam yang melampaui hak dan batas agama kita?

Kini, giliran OIC bersidang dan mengambil peluang itu untuk turut berbincang mengenai insiden tersebut. Harapan agar OIC lebih bersikap tegas dan mengambil yang sewajarnya dalam mempertahankan maruah agama Islam. [Usah hanya sekadar 'Oh I See'...tengok aje]  

...satu lagi agenda yang berjaya dilaksanakan oleh kuffar, mempersendakan Islam dengan sewenang-wenangnya. Bagaimanakah dengan diri kita?
Sedarkah diri ini atau masih lagi asyik diulit khayalan duniawi ciptaan musuh Islam !
Insaflah,
bangunlah para sahabat...usah dibiarkan ISLAM diperkotak-katikkan sebegitu mudah..

Ayuh Bangkit Bersama Islam  Kembalikan Sinar ad-Deen !!

Posted at 10:57 pm by sahabat_amin

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Mohd Hazimin Harun





Arkib Blog



Laman Blog Baharu



-- Anda Pengunjung Ke --






rss feed