Saturday, November 19, 2005
Mādzā Ya’nee Intimā’ee lil-Islām

      '  Bacalah  dengan  nama  Tuhanmu
  Itulah  permulaan  ilmu
       Sebagai  yang  telah  diwahyukan
  Menuntut  ilmu  satu  kewajipan ...'


[huhu,sedikit lirik lagu Raihan yg baru tu,BACALAH..haa,nyanyilah sendirik naa..]

Erm .... syukur,AlhamduLillah. Cuti panjang ni telah banyak masa yang dikurniakan oleh Allah taala untuk diri ni membongkar dan menelaah beberapa buah buku [ecesh..betul ke id0k ni?]  yang pada pengamatan diri ni,ia cukup mantap penulisannya serta pengisian yang betul-betul memberi manfaat pada diri sendiri.
Almaklumla... diri ni diakui jarang sekali nak fokus pada satu-satu buku [penyakit malas tak kesudahan..huhu] , apatah lagi nak khatamkan buku yang dibaca tu. Pepun tak kisah laa, pasal kali ni nak introduce satu buku yang cukup baik untuk ditatap oleh sahabat sekalian,  yang seterusnya cukup baik diaplikasikan pengisiannya kepada diri kita ni. Buku ni dah lama dah perasan terperap kat bilik study, tapi kali ni baru ada peluang nak baca..[yang sahabat punye...mekasiih yer..] ok,meh la selongkar sikit2 cerita berkaitan buku ni, kasi intro buku ni... 

Agama Islam mempunyai penganut yang paling ramai di dunia. Namun begitu, ramai di kalangan umat Islam tidak memahami hakikat sebenar menjadi seorang penganut agama Islam. Salah satu sebab mengapa ini berlaku adalah kerana hobi atau mereka dilahirkan oleh kedua ibu bapa yang muslim dan menerima Islam sebagai warisan. Pada hakikatnya mereka ini tidak memahami erti penggabungan diri mereka serta tuntutannya ke dalam Islam sehingga ada ketika mereka di pihak lain dan Islam di pihak sebaliknya.

Buku 'Apa Ertinya Saya Menganut Islam?' hasil tulisan Ustaz Fathi Yakan merupakan cetusan daripada pengalaman beliau. Ianya disusun supaya umat Islam dapat memahami dengan mudah apakah hakikat sebenar menjadi seorang Muslim.
Buku ini dibahagikan kepada dua bahagian :

Pertama
Menerangkan sifat-sifat yang seharusnya ada pada setiap orang yang menganut agama Islam, supaya dengan sifat-sifat ini beliau benar-benar menjadi seorang muslim yang sebenarnya. Matlamat dari bahagian pertama ini ialah menjelaskan apa yang dituntut oleh islam dari seorang Muslim, supaya dengan itu penggabungan dirinya ke dalam agama Islam merupakan penggabungan yang betul dan hakiki, seterusnya supaya beliau benar-benar layak digelar seorang Islam.

Kedua
Menjelaskan kewajipan beramal dengan amal Islami[amalan-amalan Islam] serta kewajipan menggabungkan diri di dalam harakah Islamiah[gerakan Islam]. Bahagian ini juga menerangkan wasilah, falsafah dan cara beramal bagi gerakan Islam serta sifat-sifat yang seharusnya ada pada mereka yang menggabungkan diri ke dalam gerakan Islam.

Buku ini sememangnya sangat sesuai dibaca oleh kita yang begelar seorang Muslim untuk memahami dan memperhalusi hakikat diri kita sama ada layak untuk bergelar seorang Islam atau pun tidak.
Sedarilah, umat Islam semestinya perlu menyedari bahawa mereka mempunyai keperibadian yang tersendiri, keperibadian yang asli,sifat-sifat dan rupabentuknya bersumberkan Islam sebagai agama fitrah dan risalah fitrah. InsyaAllah, buku ini merungkap segala persoalan tersebut.

Konklusinya, heh...BACA jangan tak BACA...kalau anda prihatin akan ISLAMnya diri anda !

~ Life For ISLAM ~

Posted at 08:41 am by sahabat_amin

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Mohd Hazimin Harun





Arkib Blog



Laman Blog Baharu



-- Anda Pengunjung Ke --






rss feed