Wednesday, October 13, 2004
JAMUAN...makan jgn tak makan..!!

Assalamualaikum warahmatullah..

Selawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w. dan setinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana masih memberi ruang dan masa untuk ana menaip sekelumit kata dari diri ana yang dhoif ini.Fuh....hari yang sungguh meletihkan.Balik dari sekolah terus merebahkan badan(tidur) pasal letih teramat sangat.Tulah,main sajalah kerja ana ni bila pergi sekolah.Tak tahu nak ambil peluang tu buat perkara yang lebih 'afdhal',maksudnya buat yang lebih kena masa dan caranya.Baca buku ke,pergi surau ke(bukan tido maa....) etc.Entah la,tak terlintas dalam fikiran untuk berbuat sedemikian pasal asyik sangat main.Apa nak jadik dengan kau ni,miinnn.......

Jamuan Akhir Tahun Tingkatan 3 ..!
Ya sheikh !Jamuan f3 telah selamat diadakan di dewan Gemilang SHAMS dengan jayanya.Alhamdulillah,berkat kerjasama sesama pelajar dan juga bantuan guru-guru,majlis berjalan dengan lancar.Mujur student yang ikut serta dalam lawatan kesemuanya hadir hari ini.Bolehlah meringankan sikit kerja yang nak dibuat tu.Ana just tolong angkat meja sahaja,hehe...yalah,tugas ana dengan sahabat sekelas yang lain sebenarnya dalam urusan pembahagian hadiah.Tapi semuanya dah dihandle oleh pelajar muslimat,buat apa nak turut serta jugak.

Majlis bermula pada pukul 10.30 pagi dan dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Nazri.Lepas tu pulak,ucapan dari wakil pelajar,best student kita,Ridhuan(3A1) yang memang pandai berucap.And then,speech from the great teacher of SHAMS,Ustazah Salma Endut.Ana kurang sangat dengar ucapan ustazah pasal beri 'ucapan' kat belakang dengan sahabat2 ana.hihih....
Klimaks majlis(kata chairman,Irsyad la..) semestinya ucapan dari ummi.Ana tak tahulah apa yang beliau nak beritahu dalam ucapannya,malas nak komen apa-apa,layan buku Dik Cerdas best jugak.Menjana minda ke baca buku tu...?Tak kisahlah,untuk rilekskan otak takpelah nak layan sekali-sekala kan....

Lepas ummi bagi speech,persembahan nasyid daripada 'orang kuat nasyid',Luqman,Nik,NAI,Fauzan,Amir dan solo gempaq yang baru muncul,Tarmizi.Heheh...kelakar betul masa dia jadi solo.Tepukan gemuruh diberikan bila sahaja dia pegang mic.Memang nakallah suku-sakat dia ni;Nak pekenakan rakan sendiri.Hihihi...klakau..!
Habis nasyid,bagi hadiah lah pulak.Hadiah untuk guru-guru sahaja.Habis sahaja acara tu,menjamu selera la,apalagi.Kesian kat NAI,belum makan,dah habis semua juadah yang dihidangkan.Tak mengapa,kau seorang yang sabar,NAI.Last2,rezeki masih ada lagi.Alhamdulillah,berkat kesabaran pelajar yang thiqoh ni...

Kiranya hari ini sebahagian masa lebih dihabiskan di kelas;main karom dengan pingpong.Main,main,main......harap-harap berubah masa Ramadhan karim nanti.(Boleh ke ana nak berubah ni...),Insya-Allah.

Esok,program Ihya' Ramadhan akan diadakan sehari kepada pelajar-pelajar Tingkatan 3.Eloklah tu,setidak-tidaknya dapatlah memberi lebih lagi penghayatan dan kesedaran ana dan sahabat seperjuangan yang lain pada Ramadhan kali ini.Program ini yang dikendalikan oleh Ustaz Mat Nor Besar di surau,diharap dapa memberikan input berguna kepada kami.Jika ada peluang nanti,akan ana maklumkan segala yang termampu untuk ana catat esok di blog yang akan datang.

Ana dan kekangan masa sekarang ni.Setakat ini dululah untuk hari ini.Sekadar memaklumkan apa yang berlaku sepanjang hari ini yang sempat ana tulis.Ilalliqa' wa maas salamah.
Wassalam.

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa." (Al-Baqarah 183)

Posted at 06:00 pm by sahabat_amin

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Mohd Hazimin Harun





Arkib Blog



Laman Blog Baharu



-- Anda Pengunjung Ke --






rss feed