Monday, November 07, 2005
Qari

Benarlah...
Al-Quran sememangnya merupakan satu mukjizat yang cukup besar dan tidak dapat ditandingi. Kehebatan kalamullah tidak terjangkau oleh pemikiran manusia, dek keunikan dan keindahan bahasa yang cukup menusuk kalbu.

Keindahan Al-Quran lebih bertambah seandai dilagukan dengan penuh syahdu, tartil dan penuh penghayatan. Pasti meruntun naluri sesiapa yang mendengar alunan suci al-Quran. Gemersik suara Qari yang membaca cukup menambah kesyahduan seni berlagu Al-Quran.

  

Bagi mereka yang setia dengan Al-Quran, pasti bacaan Al-Quran menjadi hiburannya. Tidak perlu pada method lain. Lagu, muzik, apa-apa sahaja tak mungkin mengalihkan minat kepada Al-Quran. Rindunya pada alunan kalam suci sehingga menjadi halwa telinga yang setia diperdengarkan. Seakan sebati jiwa pabila menuturkan kalimah yang terkandung dalm kitabullah. Malah, rutin tersebut adalah sebahagian daripada santapan rohani bagi mereka.

Sungguh, mereka rela mendambakan dirinya kerana Allah kepada al-Furqan, mukjizat Nabi s.a.w. paling besar kerna cintanya pada hiburan Islam yang sebenar, yang beroleh keberkatan dari-Nya. Cinta pada Kitabullah pasti menjanjikan sinar kebahagiaan kelak, lebih-lebih lagi pabila ia naluri itu diaplikasikan dalam amalan seharian.

Ermm, juz intro je tu...huhu~
nak uar-uarkan perkara baik ni..hehe.. kepada sesiapa yang selama ni duk tercari-cari recitor @ qari yang best2..haa,syorkan kepada sahabat untuk pergi ke web ni
Aswat Al-Islam. Kat sini leh download audio bacaan Quran dari Qari-Qari terkenal. Memang best, boleh dengar banyak jenis bacaan dan lagu. Dari Qari Masjdilharam sehinggalah kepada barisan Profesor dari Jordan, Qatar, etc.. 


masa duk try satu persatu qari ni, terperasan diri ni pada satu Qari,Mishary Rashid Al-Efasy nama sheikh ni.[yang pic kat atas nih] .Bacaan sheikh ni fuhh..memang syahdu,best je masa dengar surah Al-Qiyamah. -- eh eh..cam penah dengar style bacaan beliau tu..laa, patut pun.. macam bacaan Abang Afiq je, selalu duk perdengarkan kat surau...huhu,memang besh...~

Tuntasnya wahai sahabat,
manfaatkanlah web tu yer. Rugi woo kalau tak download. Dengar pasti tak jemu. Kalu jemu jugak, sumthin' wrong la tu pada kalbu mu..huhu.~


~Mendengar Bacaan Al-Quran Dapat Pahala, Dengar Muzik Tak Dapat Apa2... Amacam ?

Posted at 09:13 pm by sahabat_amin

mujahid
November 12, 2005   07:57 PM PST
 
salaam...erm,asiif.~ana pun bukan download sume, jadi x psti recitor yg sedap[pasti ramai yg besh..] .senang citer, amik r qari yg familiar..cam Saad Ghamidi,Sudias,Jibril,AlAfasy.. kalu nk pilih, amik r dr satu surah bg setiap qari..tgk bacaan dioghang..judge urself..lain orang lain minatnye kan..pepun, skdr bagi pandangan. amik la manfaat nye ,k? salaam
madlulkalam
November 10, 2005   01:52 PM PST
 
Salaam eidul fitr..ana mmg dah lama cari laman web yg begini,cuma kalau nak download kesemuanya akan ambil masa..jadi ana nak minta tolong, boleh tak enta senaraikan beberapa nama qari yg bacaannya sedap..(semuanya sedap sebenarnya..). jazakaLlah..
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Mohd Hazimin Harun





Arkib Blog



Laman Blog Baharu



-- Anda Pengunjung Ke --






rss feed