Thursday, November 03, 2005
Berlalu Ramadhan Syawal Menjelma



Berlalu Ramadhan fajar Syawal menjelma..
huhu...selamat hari raya ,maaf zahir batin..
khas untuk keluarga teristimewa kat rumah, semua sahabat seperjuangan, senior2, junior2, ustaz,ustazah,cikgu, sedara serata antero ..mane2 je yang pernah bersua, tak bersua ke, yang pernah bimbing, didik, ajar, tolong, bagi nasihat, dan apa-apa je lah yang telah membentuk diri ni jadi seperti sekarang..

Alhamdulillah, tibalah jua saat kita sebagai umat Islam yang selesai menunaikan fardhu puasa Ramadhan untuk merayakan kemenangan kita.. seperti dalam satu hadtih Nabi s.a.w. , ada 2 detik kegembiraan bagi mereka yang berpuasa, iaitu waktu berbuka[hari raya] dan detik bertemu dengan Allah s.w.t.



..majlis khatam al-Quran peringkat SHAMS..

 Jadikan Ramadhan yang baru berlalu sebagai bulan kita memuhasabah diri, bulan pembentuk jati diri, bulan yang memberi rahmat kepada kita serta bulan yang mengembalikan kita kepada fitrah. Justeru, sambutan Aidilfitri diwajibkan ke atas kita sebagai menzahirkan fitrah kita selepas bermujahadah selama sebulan Ramadhan yang benar2 menguji kekuatan iman dan taqwa.
 
Program Ihya' Ramadhan yang dilakukan kala sepanjang Ramadhan sebaiknya diteruskan ke bulan-bulan yang lain. Tadarus al-Quran, bersedekah, berjemaah di masjid, solat sunat, beriktikaf serta adzkar seeloknya dijadikan rutin kita pada hari mendatang usai kita membiasakannya di bulan Ramadhan karim.

Sungguh, bagi mereka yang benar-benar mantap imannya akan senantiasa merindukan Ramadhan sebaik perginya bulan yang penuh keberkatan itu.  Tangisan mengharapkan agar ia akan kembali lagi, dan bukan menjadi Ramadhan kali ini adalah yang terakhir.
bermunajatlah agar masih diberi kesempatan ruang dan usia untuk kita bertemu lagi di bulan Ramadhan pada tahun mendatang, untuk kita memperbaiki amalan kita. Mungkin Ramadhan kali ini masih belum memuaskan hati kita dalam mencari keberkatan dalam melaksanakan ibadah.

Syawal yang berkunjung raikan dengan penuh kesederhanaan. Jangan dicemari dengan perkara yang ditegah, agar beroleh keberkatan daripada-Nya.
SALAM AIDILFITRI
 
[Yay..dapat kad raye Hijjaz.jangan deki naa..hehe..gura jerk]

Posted at 12:19 am by sahabat_amin

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Mohd Hazimin Harun





Arkib Blog



Laman Blog Baharu



-- Anda Pengunjung Ke --






rss feed