Friday, October 21, 2005
Nuzul al-Quran

Alhamdulillah, untaian kepujian dipanjatkan ke hadrat-Nya atas nikmat yang dikecap yang tiada terhitung dalam hidup ni. Dan bersempena shahru Ramadhan, limpahan nikmat dan rahmat makin mencurah-curah, penuh dengan keberkatan dan limpahan ganjaran amal ibadat yang dikerjakan.

Masya-Allah, cukup besar manfaat yang boleh diperoleh, terasa rugi yang amat sangat kiranya tiada pengisian untuk diri kita dalam bulan ni, yang hanya tinggal kira-kira 12 hari sahaja lagi.

Hiasi bulan ini dengan pesta ibadah, malah menjelangnya 10 akhir Ramadhan, inisiatif diri kita untuk ikhtiar merebut peluang beribadat dengan penuh kesungguhan, keikhlasan dan mengharap keredhaan.

Ramadhan juga dikenal shahrul Quran. Nuzulnya mu'jizat terbesar junjungan mulia s.a.w. ini pada bulan ini. Justeru, perbanyakkanlah amalan membaca Al-Quran. Mentadabburnya sepenuh penghayatan, mengalunkan kalam suci penuh kesyahduan, gemersik suara dalam liqa' tadarus membangkitkan semangat Ramadhan ke arah memahami erti sebenar ibadat puasa kita.
Tuntasnya, dampingilah Al-Quran di bulan yang mulia ini agar barakah yang diimpikan diperoleh. Sebaik-baiknya khatamkan A-Quran di bulan Ramadhan, moga-moga Al-Quran menjadi perisai benteng kemungkaran yang ampuh untuk diri kita.
Dari Umar bin al Khattab ra. bahwa Nabi Muhammad saw. bersabda,"sesungguhnya Allah mengangkat (martabat) sebahagian orang dan merendahkan sebahagian lainnya dengan sebab Al Qur'an." (Riwayat Muslim)

quran

Dari Abu Umamah ra. dia berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. Bersabda, "Bacalah Al Qur'an sesungguhnya ia akan datang di hari Kiamat menjadi syafaat (penolong) bagi pembacanya."
(Riwayat Muslim)

Posted at 09:21 am by sahabat_amin

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Mohd Hazimin Harun





Arkib Blog



Laman Blog Baharu



-- Anda Pengunjung Ke --






rss feed