Tuesday, October 12, 2004
coret-coret ku hari ini ...

Assalamualaikum warahmatullah ..!

Hihihi...awalnya ana taip blog hari ini.pagi-pagi lagi dah bukak.Oo..patut pun.Tak pergi sekolah rupanya.Yalah...pergi sekolah tak ada apa nak buat.Main jer ana ni bila pergi ke sekolah.Duduk rumah rilekskan badan.Entah mengapa hari ini sakit-sakit seluruh badan bila bangun tidur tadi.Agaknya salah posisi tidur kut.Heheh...tak pun,ganaz sangat main bola semalam.Apapun,kena bersyukur pada Allah taala kerana masih memberi peluang taubat kepada ana ni yang masih bergelumang dosa dan noda.Tinggal 2 hari lagi kita semua di ambang Ramadhan.Ana baru tukar header image kat atas tu(sebelum ni gambar lain).Yalah,Ramadhan kan dah nak datang,jadi bagi memeriahkan dan mengimarahkan bulan yang diberkati ni,elok jugak ana letak header image tu,kan?

Huargh...malasnya..!!
hishh..!!Malas tu mainan Iblis.Mereka yang tak henti-henti menyesatkan anak Adam ni sentiasa cuba membuatkan kita berasa malas nak buat perkara-perkara baik,especially yang melibatkan amal ibadat.Betul tak..?Ana pun ada rasa sebegitu bila masa free,nak buat perkara baik.Tup-tup,terus tak jadi(nak mengaji sebagai contoh) walhal masa terluang banyak.Ha...tu tandanya dah tewas pada godaan syaitan.Jaga-jaga,sekali kita terpujuk dengan hasutannya,kita akan berterusan bersikap sedemikian.Yang penting kat sini,iman dan taqwa perlu ada dan sentiasa diperkukuh agar kita sentiasa istiqomah dalam mengerjakan perkara-perkara yang mulia.

Pagi tadi,terus bukak radio IKIM.fm.Semua dah keluar rumah,tingga ana seorang ahajalah...Ana baring-baring atas katil sambil dengar segmen Nur Pagi:Santapan Rohani yang disampaikan oleh Ustaz Uda dari PPZ selangor(kalau tak silap ana..).Best jugak kuliah yang dia bagi .Beliau beritahu tentang puasa yang dapat membentuk rijal,yakni lelaki-lelaki yang 'kamil'(sempurna akhlak).Beliau ambil contoh,semasa khalid Al-walid pergi menuju ke medan perang,beliau mengutus surat kepada khalifah pada masa itu,Abu Bakar As-Siddiq untuk menghantar lebih ramai lagi tentera islam untuk membantunya.Saidina Abu Bakar pun menghantar tentera untuk membantu tetapi cuma SEORANG !Apabila ditanya mengapa hanya seorang sahaja,Saidina Abu Bakar memberitahu,"Seorang ini(pemuda) sudah cukup untuk membantu kerana kekuatannya(iman dan semangat jihadnya),".
Sesungguhnya puasa itu dapat membentuk seorang muslim yang berakhlak mulia,bersifat mahmudah dan berdisiplin jika dihayati dengan penuh mendalam.Ia juga dapat menghapuskan dosa-dosa dahulu,seperti yang diterangkan dalam hadith Nabi s.a.w. :
 
"Barangsiapa berpuasa Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala dari Allah, nescaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu. " (Hadith Muttafaqun 'Alaih).

Sememangnya puasa benar-benar menguji tahap kesabaran seseorang.Tika berpuasa,pelbagai ragam dan kerenah manusia dapat dilihat.Ramai yang mengaku muslim tetapi lemah dalam menunaikan kewajipan sebagai hamba kepada-Nya.Mereka cuba menipu diri mereka sendiri.Tetapi mereka lupa,Allah tidak pernah terlepas pandangan terhadap hamba-Nya walau sedetik pun.Justeru itu,hayatilah Ramadhan dengan sebaik-baiknya.Beruntunglah bagi orang-orang yang bersabar dalam mengerjakan ibadat puasa kerana sesungguhnya Allah tidak lupa untuk memberi ganjaran kepada hamba-Nya yang taat serta patuh pada suruhan-Nya.2 kegembiraan atau nikmat yang diperoleh oleh orang yang berpuasa; kegembiraan semasa berbuka puasa dan kegembiraan semasa berjumpa dengan Allah taala.Subhanallah... 


Ketika Rasulullah s.a.w. berbuka puasa,beliau pernah bersabda :
"Telah pergi kehausan, urat-urat telah dibasahi dan ganjaran ada pasti, dengan kehendak Allah" (HR Abu Daud)

Oleh itu,puasa janganlah dianggap sebagai satu beban yang perlu dipikul dengan penuh kepayahan,sebaliknya anggaplah sebagai satu kurniaan yang wajib diikuti dengan penuh kekhusyu'kan,kesungguhan dan tawadhu' lantas memperoleh ganjaran istimewa oleh Alah Taala.
Ana berhenti setakat ini dulu.Surat khabar pun belum beli lagi.Kan bising pulang orang lain bila balik rumah nanti.
Ok..maas salamah !
WASSALAM.

Posted at 09:28 am by sahabat_amin

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Mohd Hazimin Harun





Arkib Blog



Laman Blog Baharu



-- Anda Pengunjung Ke --






rss feed