Friday, September 23, 2005
...Peringatan buat pendakwah...

PERINGATAN INI KHAS DITUJUKAN BUAT PENDAKWAH
JALAN ALLAH, JALAN AL-HAQ, JALAN PENUH BARAKAH,
JLN WARISAN RASULULLAH, NABI AKHIR ZAMAN.


PENDOKONG AGAMA ALLAH,CARA HIDUP ISLAM YG UNGGUL,
YG BERNAMA PENDAKWAH BEBAS ATAU TIDAK.


INGATLAH :

1. KAMU MENYERU MANUSIA KE JALAN ALLAH, MAKA
HINDARKAN DIRIMU DARI MENCONTOHI UNSUR JALAN
THOGHUT - menghina, mengumpat, mengadu-domba,
lagha, membazir, bakhil dan seumpamanya.

2. KAMU MENYERU MANUSIA KE JALAN ALLAH, maka
basahkan lidahmu dengan zikrullah walau di mana
dirimu berada, di saat senang atau susah.

3. KAMU MENYERU MANUSIA KE JALAN ALLAH, ELAKKAN
dirimu dari menceritakan semua masalahmu sehingga
pendengarmu merasakan kamu ini bukan lagi
pendakwah, tapi klien yg bermasalah.


4. KAMU MENYERU MANUSIA KE JALAN ALLAH, maka
awasi dirimu dari segenap ruang kebersihan
dalaman dan luaran, untuk menyempurnakan ketaatan
kepada ALLAH, bukan untuk dibanggakan kepada
pengikutmu.


SETELAH NYATA TAULADAN DIRIMU,
automatik
pendengar dan pengikutmu berbangga kerana
mengenalimu, seorang manusia biasa tapi TINGGI
DARJATNYA DI SISI ALLAH kerana kamu menempah
Syurga, dengan niat untuk Syahid di JALAN ALLAH
.

5. DAN BANYAK LAGI TUGAS,

NAMUN ALLAH MAHA PENYAYANG,
apa sahaja permintaanmu pasti diperkenankan selama mana kamu
bersabar DAN BERSYUKUR menempuh JALAN AL-HAQ.

[sumber : Blog Halimah]


Posted at 06:20 pm by sahabat_amin

syahiditusuci
September 24, 2005   10:50 AM PDT
 
Bismillahi walhamdulillah
Assalamu'alaikassalam wbt..

MasyaALLAH, mabruk 'alaik ya akh.

Alhamdulillah, nampaknya makin hari makin bersemarakan gebrayan Jihadun ISLAMI di kalangan Mujadid SHAMS (SMKA SHEIK ABDUL MALEK). AHSANTA!! Teruskanlah nawaitu ikhlas anta utk mptingkatkn mertabat ISLAM fisabili binniyatul ikhlas lillah.

Sekadar tazkirah ringkas buat peringatan sesama saudara seISLAMI:

Ibrahim bin Uyainah ditanya:

"Manakah manusia yang lama benar penyesalannya?"

Ibrahim menjawab:
" Adapun pada masa kehidupan di dunia ini ialah orang yang berbuat baik kepada orang yang tidak tahu berterima kasih. Manakala pada masa kematiannya nanti, ialah orang yang berilmu yang menyia-nyiakan 'ilmunya".

Nudzubillah..mohon dijauhkan daripada termasuk dlm gol. tersebut.

Moga ada khoirya..

Teruskan perjuangan..
Selamat menuntut ilmu menuju ke syurga!

Salam Ramadhan Al Mubarak 1426H.

Barakallah!

p/s: Moga generasi demi lapisan generasi SHAMS kan terus gemilang. InsyaALLAH. Gambatte kudasai!!!

Salam Persaudaraan Islami dan Ramadhan Kareem 1426H minni al faqir ila Allah, syahiditusuci 'alaika.

20 Sya'aban 1426H.
University Of Auckland,
Auckland, New Zealand.
(AS SHAMSIAN 1997-2001).
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Mohd Hazimin Harun





Arkib Blog



Laman Blog Baharu



-- Anda Pengunjung Ke --






rss feed