Friday, September 16, 2005
Pesan terakhir

Syed Qutb

Sahabatů
Andainya kematianku kau tangisi
Pusaraku kau siram dengan air matamu
Maka diatas tulang belulangku yang dah luluh
Nyalakanlah obor untuk umat ini Dan
Lanjutkanlah gerak merebut kemenangan

Sahabat,
Kematianku hanyalah suatu perjalanan
Memenuhi panggilan kekasih yang merindu
Taman-taman indah disyurga Tuhan
Terhampar menanti
Burung-burungnya berpesta menyambutku
Dan berbahagialah hidupku di sana

Sahabat,
Puaka kegelapan pastikan lebur
Fajarkan menyingsing
Dan alam ini kan disinari cahaya lagi
Relakan lah rohku terbang menjelang rindunya
Jangan gentar berkelana ke alam abadi
Di sana cahaya fajar memancar.


[as-Syahid Sayyid Qutub , 1906 - 29 Ogos 1966]

 

Sayu hati ini pabila menghayati alunan nasyid Al Wadi mengiramakan bait-bait wasiat terakhir Syed Qutb.
Seakan menggambarkan detik-detik getir pemergiannya ke tali gantung, namun dirinya tetap tenang menempuhnya, kerna yakin dengan janji Tuhan Ya Rabb  
Syed Qutb, dikaulah pejuang Islam ulung 
Menjadi perangsang kepada para mujahid Islam.

We Unite For Islam !

Posted at 04:13 pm by sahabat_amin

islamijannah
September 18, 2005   04:11 PM PDT
 
sayu~
shahir
September 17, 2005   01:01 PM PDT
 
mantap2 .. pilu hati membacenye
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Mohd Hazimin Harun





Arkib Blog



Laman Blog Baharu



-- Anda Pengunjung Ke --






rss feed