Thursday, September 15, 2005
Satu Petanda ?

Agak lama tidak memenuhi ruang ini dengan pengisian terbaru. Meskipun keadaan yang agak menghalang, namun usaha ke arah perjuangan Islam pasti tidak bisa kan luntur, insyaAllah. Buat Sahabat sekalian, kalian lah pemangkin semangat diri ini. Jazakallah ~

Alhamdulillah,perkembangan kebelakangan ini dalam keadaan baik sentiasa. Kesulitan ditempuhi dengan penuh teratur dan tenang. Segala urusan yang telah dipermudahkan, limpahan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat-Nya. Apapun, sentiasalah menghisab diri kita. Amalan diri ni masih lagi belum mencukupi. Ruang dosa yang melingkari hati, sudahkan hilang tidak bersisa? Noda hitam yang kerap kali bertambah usah dibiarkan berterusan melekat di kalbu, kelak menambah kemudharatan rohaniah,membawa kegersangan iman yang bakal meruntuhkan benteng muslim sejati dalam mempersiapkan diri ke satu jalan yang pasti tiba, iaitu MAUT.

Bila berbicara perihal maut, terlintas satu peristiwa yang baru sahaja berlaku baru-baru ini. Satu peristiwa yang cukup memeranjatkan dan menginsafkan 
- Ayat Al-Quran ghaib ? 
Satu perkara yang patut kita ambil sebagai pedoman dalam menghitung hari,meniti usia menuju ke alam haqiqi. Kisah ini yang baru berlaku kira-kira 2 bulan yang lepas, diceritakan oleh sahabat ana sendiri.[satu sekolah, SMKA Sheikh Abdul Malek]

Peristiwa ini terjadi kepada seorang pelajar tingkatan Satu(SHAMS). Menurut apa yang diceritakan, kejadian itu berlaku pada suatu petang,iaitu tika dalam waktu Asar dan Pelajar(muslimat) itu berpuasa sunat pada hari tersebut. Satu ketika, dia sedang mengerjakan solat Asar di biliknya. Dan sewaktu dalam keadaan tahiyyat akhir, dia menyedari satu lintasan satu cahaya putih (seolah-olah kilat) dari bawah(tempat sujud) terus menuju ke atas, betul-betul di hadapannya. Dek kerana dalam keadaan solat, tidak banyak dia fikirkan mengenai kejadian itu. Usai mengerjakan solat, pelajar ini mengambil Al-Quran di sisinya. Namun, semasa membelek lembaran Kitabullah, dia terperanjat setelah mendapati beberapa muka dalam Al-Qurannya itu tiada tulisan di dalamnya !

 
Hilang
Dua muka Al-Quran yang kehilangan tulisan ayat-ayat suci di dalamnya. Penulis sendiri mengamati dan menyentuh pada halaman tersebut. Memang ketara,langsung dalam keadaan kosong.
- Bayangan ayat yang kabur di atas adalah bayang pada halaman belakangnya, bukan pada halaman tersebut. -

Setelah dibelek dan dipastikan, didapati kira-kira 8 muka lembaran Al-Quran tersebut telah hilang ayat-ayat suci kalam Allah. Yang tinggal, hanyalah bingkai bersegi empat di helaian-helaian tersebut. Pelajar terbabit cuba mengamati betul-betul di setiap halaman yang ghaib tulisannya itu untuk memastikan  sama ada ia berpunca dari tindakan kimia atau tumpahan cecair yang berkemungkinan telah melunturkan dakwat tulisan tersebut, namun tidak beranggapan sedemikian kerana helaian-helaian yang lain didapati tidak terjejas. Ditambah pula, halaman-halaman yang hilang tersebut dalam keadaan berselang seli, iaitu mengikut Al-Quran karim Rasm Uthmani pada surah Al-A'raaf (ayat ke-188 hingga 206) , dan melangkau pada surah Al-Anfaal (ayat ke 17 hingga 33) dan (ayat 46-61), serta pada surah at-Taubah (ayat pertama hingga 13) .

hilang2
Perbandingan pada halaman yang terkandung tulisan dan halaman yang hilang tulisan ayat-ayat Quran ...

Selepas dirujuk kepada tafsir Quran, didapati kebanyakan ayat yang hilang itu berkisarkan ayat yang berkaitan dengan hukum hakam, perbuatan mensyirikkan Allah, dan lain2.
Kejadian ini berlaku pada petang 14 Julai 2005, dan apabila dibelek pada helaian terakhir, terpapar cop pengesahan Al-Quran tersebut yang bertarikh 14 Julai 1997. Adakah ia satu kebetulan? Allahu'alam.
Terdapat yang membuat andaian mengatakan bahawa Al-Quran tersebut kemungkinan tersalah cetak, namun ia kurang menyakinkan kerana pelajar itu sendiri mengakui yang Al-Quran tersebut pernah dikhatamkannya. Sekiranya sudah dikhatamkan, tidak mungkin dia sendiri tidak tersedar akan kehilangan pada halaman-halaman tersebut.

hilang3
Antara halaman yang ghaib tulisan ayat-ayat Al-Quran..

Kejadian ini telah pun dirujuk kepada beberapa orang Ustaz di SHAMS untuk bertanyakan pandangan mereka. Menurut Ustaz Mohd Nor, semua tu sememangnya boleh terjadi dan bukan satu keanehan yang amat sangat. Beberapa tahun yang lepas pernah juga berlaku kehilangan ayat Al-Quran yang digunakan di surau Al-Maidah,SHAMS .[Kini disimpan oleh seorang ustaz] . Dan kini, sekali lagi kejadian seumpama ini.
Teringat pesanan Ustaz Mohd Nor, usah terlalu takjub dengan kejadian sebegini, kerana semua ini adalah kuasa dan kehendak Allah taala. Dia maha Berkuasa merencanakan apa yang Dia kehendaki. memikirkan kekuasaan Allah taala,Terlintas pula satu kejadian yang disaksikan pelajar Aspura SHAMS semasa mengalunkan zikir munajat pada waktu pagi sebelum menuju ke sekolah, kalimah ALLAH jelas kelihatan yang terbentuk dari sinaran fajar pagi di ufuk timur, Subhanallah...

Dan kita, sebagai hamba-Nya, haruslah mengambil pengiktibaran yang sepatutnya dijadikan renungan buat diri kita. Satu hadith Nabi s.a.w. yang menyebut bahawa salah satu petanda Kiamat semakin hampir ialah apabila Al-Quran diangkat ke langit.
Cukup banyak petanda yang Allah tunjukkan kepada kita, adakah ia memberi kesan dalam diri ini? Adakah iman diri ini makin bertambah mantap,atau kekal seperti biasa, atau makin merudum?
Astaghfirullah...

Taqwa dan iman adalah yang paling penting. Justeru, sentiasa beringat akan kematian. Itulah yang terbaik untuk diri ini. Zikrulmaut penghapus segala kelazatan dunia.
Jadikan apa yang berlaku satu renungan yang cukup memberi keinsafan kepada diri kita.
Lihatlah diri kita. Sudah bersedia diri ini membentuk peribadi muslim sejati, ke arah insanulkamil? Perhatikan sahaja masjid-masjid dan di surau-surau, ramai mana sangat yang tergerak untuk memakmurkan rumah2 Allah ,yang kini kebanyakannya lebih banyak tiang-tiang berbanding barisan saf dan hamba yang beribadat?
Fikir fikirkan...renungkanlah..
-sekadar coretan dhaif
WASSALAM

Posted at 10:49 pm by sahabat_amin

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Mohd Hazimin Harun





Arkib Blog



Laman Blog Baharu



-- Anda Pengunjung Ke --






rss feed