Monday, October 11, 2004
kalah dan menang

Adat bertanding ,ada kalah ada menang.
Itulah yang terjadi semalam.Sememangnya Terengganu sudah pun menunjukkan permainan yang baik.Cuma kurang tersusun dan tidak kemas dalam beberapa aspek.Ana tak mahu bagi komen apa-apa mengenai skuad bolasepak Terengganu,kerana kebanyakan daripada mereka masih muda dan kurang pengalaman.Tidak mengapalah asalkan mara ke peringkat akhir sudah pun menceriakan penyokong Terengganu.Penyu menangis lagi, tapi Penyu tak pernah berputus asa !

Entah mengapa nasib pasukan Terengganu itu turut menyelubungi pasukan 'belasahan' kelas ana.Hihi,tetapi ini bukan faktor kurang pengalaman,cuma disebabkan tidak menggunakan segenap ruang dan peluang yang ada untuk mara ke separuh akhir.Kelasa ana gagal ke separuh akhir apabila tewas dalam penentuan sepakan penalti dengan kelas 3A4(Lelaki) dengan keputusan 2-0.Nampaknya nasib kelas ana tahun ni sama macam tahun lepas.Tak kisahlah,janji dah buat yang terbaik.(baik ke reputasi goalkeeper tahun ni ?...heheh)

Alhamdullah,dapat juga dengar isi lagu dalam album terbaru InTeam;in Team 04 
yang ana pinjam daripada sahabat ana,big boss Su'aidi.(hihih)jazakallah ana ucapkan,itupun kalau nta baca blog ni.Kan dah beli prepaid,takkan tak nak surf kut ...?Lagu favourite ana yang ana pasang kat salah satu blog ana dulu, bolehlah ana dengar sepuas-puasnya.Janji tak melalaikan,betul tak ?

Semalam,baru dapat surat dari KSH >HMESB< .Pihak KSH menjemput semua peminat group nasyid mereka ke Majlis Nur Ramadhan dan Nuzul Quran SahabatHijjaz
di Kuala Lumpur pada 30 Oktober(16 Ramadhan) .Kat sana diberitahu bahawa Dj-DJ IKIM.fm pun turut hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.Bagi sesiapa yang nak pergi,bolehlah hantar bayaran sebanyak RM 40(Ahli) dan RM 45(bukan ahli) sebelum atau pada 25 Oktober 2004.Sekadar makluman sahaja untuk ikhwah semua.Mana tahu ada peluang untuk hadir,boleh join sama dan bertaaruf dengan artis nasyid Hijjaz,UNIC,InTeam dan Mestica juga DJ-DJ IKIM.fm..Ana memang dah tak pergi pasal jauh,tak ada transport.lagipun,seingat-ingat ana keahlian SH ana dah expired date.Ana cuma doakan dari jauh agar majlis itu sempurna seadanya.Insya-Allah....

Selepas solat Zuhur berjemaah kat SHAMS tadi,Ustaz Mat Nor beritahu tentang 8 surah yang jika diamalkan mendapat ganjaran pahala yang besar dan dikurniakan beberapa kelebihan.Antaranya ialah Surah Al-fatihah ,surah Al-Baqarah,surah Al-Mulk,surah Al-Kahfi,surah Ad-Dukhaan,surah Al-Kafiruun dan surah Al-Ikhlas.Bersempena bulan puasa nanti,marilah kita cuba perbanyakkan amalan sunat khususnya solat-solat sunat dan mentadabbur Al-Quran sebagai membuktikan bahawa kita tergolong di kalangan golongan yang meraikan kedatangan ramadhan Al-Mubarak.

Ana minta maaflah kat ukhti Nor Ain Solehah a.k.a. sinarshams
pasal lupa nak bawa buku Mutiara Warisan yang nti tempah tu.Asiif...ana memang terlupa nak letak dalam beg.Hari ini ana bawa takut2 nti datang semula ke kelas ana nak ambil buku tu.Nak hantar ke kelas nti ,tak berani pulak ana.hihih...insya-Allah,kalau ada masa ana bagi buku kat nti.Insya-Allah.....

Hmmmm,rasa-rasanya setakat ni dululah.Malas nak taip lagi pasal tak ada apa yang nak diberitahu.Ana mengundur diri dahulu dengan meninggalkan satu hadith Nabi s.a.w. untuk ikhwah semua.

Dari Abu Hurairah r.a. katanya: seorang lelaki datang menghadap Rasulullah s.a.w. lalu berkata ;"Tunjukkanlah kepadaku satu amal yang menyamai jihad !"Baginda bersabda"Aku tidak memperolehnya,".Sabda Baginda lagi, "Apabila seorang mujahid(pejuang)berangkat,sanggupkah engkau ke masjid,lalu berdiri sembahyang dan engkau tiada pernah berhenti; sengkau puasa dan engkau tidak berbuka walau sehari ?" sabda Baginda seterusnya,"siapakah yang sanggup berbuat serupa itu ?"                           (H.R. Bukhari)

Wassalam.

Posted at 03:43 pm by sahabat_amin

pasrah
February 18, 2005   09:54 AM PST
 
Terima kasih
haku
December 17, 2004   04:53 PM PST
 
bagus...bagus.....

kalau boleh kurangkan bahan dunia dan penuhkan dengan bahan isu jihad dan kepentingan satu-padu umat islam yg perlu masa kini......terus berjaye...
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Mohd Hazimin Harun





Arkib Blog



Laman Blog Baharu



-- Anda Pengunjung Ke --






rss feed