Genap 10 tahun blog ini terbina.
Alhamdulillah.
Tempoh yang singkat ini namun banyak mengajar.
Mengajar untuk memaknakan kehidupan.
Terima kasih Tuhan.
Semoga kurnia dan ilham itu membawa kepada Cinta.
Posted at 03:34 am by sahabat_amin
Permalink
Manusia Itu Ramai, Tapi Tiada... Tuhan Itu Satu, Tapi Wujud...
..Cinta Ilahi..
Pena Fakir
Posted at 12:00 am by sahabat_amin
Permalink
Ini entry terakhir di laman blog saya. Memang tekad saya sejak dulu untuk berhenti menulis di sini apabila tiba masanya. Kenapa dan mengapa, biar saya sahaja yang maklum tentang itu.
Sudah acap kali saya meminta maaf kepada kawan juga lawan di sini. Kali ini, sekali lagi saya berbuat sedemikian; memohon seribu kemaafan. Saya akui diri ini bukanlah seorang yang bagus untuk mereka yang mengenali saya. Dan saya tak mampu menyenangkan hati mereka. Silap dan salah saya cukup banyak.
Bagi mereka yang kenal saya lalu berkecil hati dengan saya, dan kalau ada hak yang saya tersalah ambil, bicara yang mengguris, gerak laku yang menyakitkan, seribu kemaafan saya pinta. Jika ada berkenaan yang bersangkutan, khabarkan untuk kita bersemuka dan selesai cara baik.
Kepada pemberi teguran, nasihat dan kritikan, keras atau lembut, saya amat menghargai dan cuba memahami maksud kalian. Pandangan manusia terhadap diri adalah suatu cerminan yang baik untuk memperbaiki silap yang ada.
Berhenti tak bereti putus asa. Penamat tak bererti penyudah segalanya. Ada rezeki, ada ruang, ada luang ketemu di lain bicara. Salam kemaafan.
Noktah.
Posted at 09:54 am by sahabat_amin
Permalink
Sebulan lalu, resah di hati bukan main lagi. Takut benar tak sempat nak melahap betul-betul, hendak tangkap muat semua. Siang malam asyik bergulat dengan seribu macam benda. Adakala buat-buat ralit, kemudian mata memuyu-muyu juga. Kalau difikirkan, bukan apa sangat pun. Cuma itu sudah menjadi kebiasaan, macam dulu-dulu juga.
Pejam, celik. Katup mata. Celik balik.
Sekejap benar waktu berlalu. Terasa begitu pantas. Semuanya selesai jua. Menghela nafas penuh kelegaan, meluah segala yang memerihkan. Bunyinya biasa saja namun sangat-sangat mengujakan.
Pokoknya, mahu buat apa sekarang ya?
'Best Student' begitu bersahaja menerangkan perihal ayat mutashabihat. Dengar baik-baik.
Posted at 04:30 pm by sahabat_amin
Permalink